ARTIKEL

1,956 Kes demam denggi direkodkan pada minggu Epidemiologi 18

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,956 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 18 iaitu dari 30 April hingga 6 Mei, peningkatan 181 kes atau 10.2 peratus berbanding 1,775 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata dua kematian akibat komplikasi demam denggi juga dilaporkan pada ME 18.

Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini ialah 38,933 kes berbanding 13,650 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan 25,283 kes atau 185.2 peratus.

“(Sehingga kini) sejumlah 24 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding tujuh kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata 87 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 103 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 49 lokaliti berada di Selangor, Pulau Pinang (19), Sabah (tujuh), Kuala Lumpur dan  Putrajaya (lima), masing-masing tiga di Kedah dan Perak serta satu di Johor.

Selain itu, Dr Muhammad Radzi berkata survelan chikungunya merekodkan tiga kes pada ME 18 dengan masing-masing satu kes dari Kedah, Melaka dan Johor.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini ialah 127 kes dan bagi survelan zika pula, sebanyak 1,029 sampel darah dan 41 sampel urin telah dijalankan saringan dan hasil kesemuanya adalah negatif.

Beliau berkata cuaca panas yang berselang-seli dengan hujan berpotensi menyumbang peningkatan populasi nyamuk aedes di persekitaran memandangkan kitaran hidup nyamuk daripada fasa telur sehingga dewasa akan menjadi lebih pendek.

“Selain itu, nyamuk aedes betina akan menggigit dengan lebih kerap semasa musim panas bagi penghasilan telur dan darah merupakan sumber protein yang diperlukan bagi proses tersebut.

“Pergerakan masyarakat semasa cuti perayaan juga meningkatkan risiko jangkitan denggi kerana virus denggi dipindahkan secara gigitan nyamuk ke individu lain setelah nyamuk tersebut menggigit pesakit denggi yang tidak bergejala,” katanya.- BERNAMA 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC