Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Abdul Karim harap projek digitalisasi diagih secara seimbang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Abdul Karim merakamkan kenangan bersama-sama belia yang hadir di Dewan Masyarakat Daro, hari ini

DARO: Diharap pengagihan pelbagai projek digitalisasi di seluruh negara akan dilaksanakan dengan seimbang dan tidak hanya bertumpu di Semenanjung Malaysia.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia berikutan Sarawak amat memerlukan pelbagai projek digital, pembangunan menara pencawang telekomunikasi dan sebagainya.

“Harapan saya kepada setiap kementerian yang diagihkan peruntukan-peruntukan ini, jangan terlupa dengan Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu sidang media selepas Program Ziarah Belia @ Daro 2021 di Dewan Masyarakat Daro, hari ini

Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan menyifatkan Belanjawan 2022 satu belanjawan yang baik kerana semua pihak perlu melihat secara holistik.

“Saya percaya belanjawan berkenaan sedikit sebanyak dapat mensejahterakan rakyat,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Siapa diktator?

BARU-BARU ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa