ARTIKEL

Bangun pangkalan data komuniti Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan bersetuju untuk membiayai penubuhan Kursi Penyelidikan Pehin Sri Adenan Satem di Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu.

Menterinya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dana permulaan bagi penubuhan kursi tersebut diluluskan sebanyak RM2.54 juta selama tiga tahun.

“Di peringkat kementerian, saya berbangga dengan Kampus UPM Bintulu dan diharap pangkalan data mengenai etnik Borneo dapat direalisasikan,” katanya pada Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusian 2021, di sini semalam.

Menurut Karim, inisiatif berkenaan juga memberi pembaharuan yang signifikan di Sarawak dan menjadikan nama seperti Tok Nan sebagai ikon dalam penyelidikan etnik di Sarawak.  “Melalui institusi ini, saya yakin kepakaran yang ada akan dapat membantu kementerian dan Kerajaan Sarawak mengumpul khazanah tersembunyi yang masih belum diteroka atau diketengahkan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Karim berkata menerusi penubuhan Kursi Pehin Sri Adenan Satem, pangkalan data mengenai komuniti Borneo ini juga akan dapat membantu memperluaskan penyelidikan dalam etnik Borneo.

Justeru, beliau berharap dana disalurkan Kerajaan Sarawak akan dapat digunakan dalam penyelidikan khususnya untuk pembangunan komuniti Sarawak.  “Penemuan penyelidikan ini juga akan memberi panduan kepada Kerajaaan Sarawak dalam merangka polisi negeri ini,” tambah beliau.

Naib Canselor UPM Profesor Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin berkata, kursi penyelidikan Pehin Sri Adenan Satem turut menyasarkan menjana pangkalan data yang relevan mengenai etnik Borneo.

“Ia sebagai simpanan dan panduan untuk penyelidikan sebagai pembuat polisi di Sarawak bukan sahaja sekarang tetapi pada masa depan.  “Saya berterima kasih kepada kementerian dan Kerajaan Sarawak atas pendekatan yang bukan sahaja menyediakan dana untuk penyelidikan tetapi juga memperuntukkan kira-kira RM200,000 dari segi biasiswa untuk pelajar etnik Sarawak yang ingin melanjutkan pengajian dengan UPM,” jelas beliau.

Ujar beliau lagi, kementerian diterajui Datuk Seri Abdul Karim juga bersetuju untuk menghantar empat pemohonan melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran.

“Pengajian yang akan dilanjutkan ini akan berhubung kait dengan kumpulan etnik Sarawak,” jelasnya.  Untuk rekod, kursi ini akan diketuai oleh Profesor Madya Dr. Mohamad Maulana Magiman yang merupakan pakar dalam bidang antropologi di UPM Kampus Bintulu.

Melalui Kursi Tok Nan ini, UPM Kampus Bintulu akan menghasilkan pangkalan data berkaitan etnik Sarawak dalam bidang kebudayaan, kesenian dan warisan.

Selain itu, pelbagai bentuk makalah penerbitan seperti Jurnal dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bertaraf antarabangsa, buku dan dokumentari akan dihasilkan melalui dapatan kajian yang dilaksanakan selama tiga tahun.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha