BBP Sarikei sempurnakan 51 tugasan sejak April lalu

SARIKEI: Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei menyempurnakan 51 misi penghantaran bantuan makanan kepada penduduk pedalaman yang terjejas akibat kuarantin dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, tugasan itu dilakukan oleh pasukannya dalam tempoh tiga bulan sejak April lalu.

Misi itu katanya, sebahagian usaha Bomba untuk membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi yang berkaitan.

“Setakat ini, kita berjaya menyempurnakan sebanyak 51 tugasan operasi penghantaran dan pengagihan bantuan makanan ke lokasi PKPD Daerah Sarikei bermula 5 April sehingga sekarang.

“Rumah Panjang Gana terletak di kawasan Sungai Rusa lokasi PKPD yang paling jauh.

Sebahagian akses masih menggunakan jalan tanah dan hanya dapat dilalui kenderaan pacuan empat roda,” katanya kepada media.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 Jun 2021

 

Suara Sarawak