ARTIKEL

FIFA salur bantuan RM625 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan menyalurkan bantuan kewangan berjumlah 121 juta pound (RM652.25 juta) kepada badan induk bola sepak kebangsaan yang terjejas susulan pandemik Covid-19.

Badan induk bola sepak dunia itu, berkata setiap daripada 211 ahli gabungannya akan menerima 404, 000 pound (RM2.17 juta) dalam tempoh beberapa hari akan datang termasuk sebarang tambahan jika layak di bawah program pembangunan 2.0.

Presiden FIFA, Gianni Infantino menyifatkan ia sebagai langkah pertama dalam usaha membantu pihak yang terjejas teruk akibat Covid-19.

“Pandemik yang melanda menyebabkan komuniti bola sepak berdepan cabaran yang sukar untuk diramalkan. “Jadi, sebagai badan induk bola sepak dunia, ia menjadi tanggungjawab FIFA untuk menghulurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan.

“Langkah ini dimulakan dengan menyalurkan bantuan kewangan kepada ahli gabungan memandangkan banyak yang berdepan dengan masalah kewangan.

“Ini adalah langkah pertama terhadap usaha yang kami rancang dalam pelan kecemasan kewangan untuk seluruh komuniti bola sepak dunia,” katanya.

FIFA, berkata wang yang diberikan adalah mewakili pembiayaan operasi bagi tahun 2019 dan 2020. – Agensi

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU