Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Guna khidmat doktor udara vaksin penduduk Bengoh

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr. Jerip Susil pada sidang media ketika membuat lawatan ke PPV Klinik Kesihatan Braang Bayur, Jalan Puncak Borneo, hari ini.

PADAWAN: Perkhidmatan doktor udara akan digerakkan ke kawasan Empangan Bengoh untuk pemberian suntikan vaksin Covid-19.

Adun Mambong, Datuk Dr Jerip Susil mendedahkan, seramai 112 penduduk di kawasan tersebut sedang menunggu giliran untuk divaksin.

“Perkhidmatan ini akan memberikan vaksinasi kepada penduduk di Kampung Muk Ayun, Kampung Sting, Kampung Nyegol dan Kampung Sapit.

“Pada awalnya mereka enggan untuk menerima vaksin, tetapi kini mereka bersedia,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke Klinik Kesihatan Bra’ ang Bayur, di sini, hari ini.

Menteri Muda Pengangkutan itu menjelaskan, perkhidmatan berkenaan untuk membawa vaksin ke kawasan pedalaman Padawan.

Beliau turut memberitahu kadar vaksinasi terkini penduduk di Daerah Kecil Padawan dan Dun Mambong berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran menjelas penghujung Ogos.

Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr. Jerip Susil beramah mesra dengan orang ramai ketika membuat lawatan kerja di PPV Klinik Kesihatan Bra’ang Bayur, Jalan Puncak Borneo, Padawan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk