HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Jaziri dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan PN Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian

KUCHING: Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Perikatan Nasional (PN) Sarawak.

Sementara Naib Pengerusi 1 disandang Jofri Jaraiee dari Parti Islam Se- Malaysia (PAS), manakala Naib Pengerusi 2 disandang Datuk Ali Biju (Bersatu).

Pembentukan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri Parti PN Sarawak itu telah dipersetujui oleh kedua-dua parti komponen yang terdiri daripada Bersatu Sarawak dan PAS Sarawak serta diumumkan dalam satu kenyataan, hari ini.

Antara ahli jawatankuasa lain adalah Mohd Arifiraizul (PAS) sebagai setiausaha dan penolongnya Ibrahim Mohamad (Bersatu).

Jawatan bendahari pula disandang oleh Lt Madya (B) Duke Janteng (Bersatu) dan penolongnya Mukhtar Suhaili (PAS).

Ismawi Muhamad (Bersatu) memegang jawatan Ketua Penerangan, manakala Timbalannya Syamsul Bahrie (PAS).

Selain itu, Zharudin Narudin (PAS) dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya 1 dan Baharuddin Mohsen (Bersatu ) sebagai Pengarah Pilihan Raya 2.

Jawatan Ketua Pemuda pula disandang Alexander Frusis (bersatu) dan Hamdan Sani (PAS) sebagai timbalan.

Manakala Ketua Wanita adalah Hamidah Mokthar (PAS) dan timbalannya Pelaga Embak (Bersatu).

Terdapat 12 ahli jawatankuasa lain turut dilantik dengan masing-masing enam dari Bersatu dan PAS, salah seorangnya adalah Datuk Willie Mongin (Bersatu).

Dalam pada itu, Jaziri menegaskan bahawa kehadiran PN di negeri ini bukan untuk memberi saingan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebaliknya bagi memperkukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

“Fokus utama pihak kita adalah untuk membantu kerajaan negeri dalam bersama-sama memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru

Zii Jia kembali ke BAM?

PERSOALAN sama ada perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, kembali ke