Lawas bertukar kuning, daerah hijau turun kepada dua

KUCHING: Jumlah daerah berstatus hijau menurun kepada dua daerah apabila daerah Lawas bertukar kepada status kuning, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, ia susulan daerah Lawas mencatatkan satu kes jangkitan tempatan hari ini.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus kuning telah meningkat kepada 10 daerah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam, tiga daerah di Sarawak bertukar kepada status hijau apabila Telang Usan turut mengikuti Lawas dan Kabong tidak merekodkan kes jangkitan tempatan sejak 14 hari lalu.

Sementara itu, JPBN mendedahkan sebanyak 28 daerah kekal berstatus merah dan tiada daerah berstatus jingga.

Suara Sarawak