Lima finalis berpeluang menang hartanah bernilai RM600,000

KUCHING: Seramai lima finalis dicalonkan dari seluruh negara bagi kempen ‘Home Giveaway’ anjuran laman sesawang pelaburan hartanah No. 1 di Malaysia, PropertyGuru baru-baru ini.

Menurut kenyataan PropertyGuru, pelaksanaan kempen tersebut selari dengan komitmen pihaknya membantu masyarakat untuk memiliki kediaman sendiri.

“Kempen ini rumah baharu serba lengkap, bernilai lebih RM600,000 di Tropicana Metropark, Subang Jaya kepada seorang warganegara Malaysia.

“Untuk itu, rakyat Malaysia dialu-alukan membantu merealisasikan impian finalis ini untuk memiliki rumah sendiri dengan mengundi mereka di https://homegiveaway.propertyguru.com.my/,” kata kenyataan itu semalam.

Sementara itu, Pengurus PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata, pihaknya akan sentiasa menyokong rakyat Malaysia yang dalam proses pemilikan rumah, dengan memperkasa mereka untuk membuat keputusan hartanah dengan lebih yakin sejak 10 tahun lalu.

“Sebelum pandemik sehingga sekarang, kami sedar ramai golongan rakyat Malaysia mengimpikan untuk memiliki rumah kediaman sendiri.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 08 Mei 2021

Suara Sarawak