Pemilik salun digesa mohon permit

SIBU: Premis salun dan pendandan rambut digesa memohon permit dari Majlis Perbandaran Sibu (MPS) bagi membolehkan mereka menerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0.

Pengerusi MPS, Kaunselor Clarence Ting Ing Horh berkata, banyak premis salun dan pendandan rambut beroperasi dengan hanya memiliki lesen perdagangan yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah, tetapi tidak mempunyai permit dikeluarkan oleh pihak majlis tempatan (PBT).

“Mereka hanya mempunyai lesen perdagangan dari Pejabat Daerah dan mula beroperasi. “Kami menggesa mereka memohon permit dari MPS secepat mungkin,” ujar beliau.

Ting berkata, tukang gunting rambut dan salun rambut antara mereka yang layak mendapat insentif bantuan di bawah penjaja dan peniaga kecil BKSS 6.0.

Dalam perkembangan lain, jelasnya, peniaga yang menyewa ruang gerai di kedai kopi atau premis makanan juga layak menerima BKSS.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 Jun 2021

Suara Sarawak