Tiong: Tidak perlu bimbang suntikan vaksin covid-19

BINTULU: Rakyat Bintulu tidak perlu bimbang untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Sri Tiong King Sing berkata semua rakyat perlu bersedia untuk menerima suntikan vaksin untuk kebaikan bersama sebagai perlindungan dan kesihatan diri.

Beliau juga berharap agar rakyat terus mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin mengikut jadual sekali gus menasihati mereka agar tidak takut atau gentar untuk di vaksinasi.

Tiong berkata demikian kepada media selepas meninjau pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Bahagian Bintulu Fasa 1 Siri 2 di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, petang tadi.

Suara Sarawak