ARTIKEL

2 maut jejambat runtuh di Bangkok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BANGKOK: Sekurang-kurangnya dua orang maut manakala 10 lagi cedera selepas bahagian sebuah jejantas yang sedang dalam pembinaan runtuh di Daerah Lat Krabang di Bangkok pada petang Isnin.

Bahagian jejambat bertingkat sepanjang 500 meter yang sedang dalam pembinaan runtuh ke atas jalan di bawahnya pada kira-kira 6 petang waktu tempatan.

Segmen itu, yang merupakan sebahagian daripada projek jalan bertingkat On Nut-Lat Krabang sepanjang 2.2 kilometer.

Kejadian berlaku semasa segmen itu diangkat oleh kren sebelum ia terbalik menyebabkan struktur konkrit dan keluli itu jatuh ke atas kenderaan dan bangunan komersial.

Bekalan elektrik di kawasan itu terputus dan hanya disambung semula menjelang tengah malam.

Pengawai pejabat daerah Krabang Chatchaya Kamjan berkata mangsa pertama terbunuh sertamerta apabila segmen itu runtuh.

Mangsa kedua ditemui pasukan mencari dan menyelamat ketika meninjau lokasi berkenaan.

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan,” katanya.

Siasatan awal menunjukkan kren itu mungkin mengalami tekanan berlebihan atau terdapat kerosakan pada alat pengangkat.

Baca lain  Tiga menteri Jepun letak jawatan

Foto dan video yang tular di media sosial menunjukkan segmen yang runtuh dan kenderaan remuk di bawahnya.-Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kapit meruan ba ati

TUSUN KETERUBAH TAJA udah tu bejalai jauh beribu batu meri servis pengerai ngagai mensia mayuh ba selampur Sarawak tauka menua bukai, Kapit meruan lekat ba