ARTIKEL

Peserta wushu merakam kenangan bersama tetamu jemputan sebelum sesi latihan.

20 ahli Kelab Wushu Mukah wakili Sarawak pada Pertandingan Wushu Remaja Terbuka Pulau Pinang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seramai 20 ahli Kelab Wushu Mukah mewakili Sarawak di dalam Pertandingan Wushu Remaja Terbuka Pulau Pinang di Stadium Tertutup Han Jiang Pulau Pinang pada 13 hingga 17 Jun ini.

Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Mohammad Arbi Rosli, berkata peserta perlu menunjukkan segala bakat di dalam pertandingan itu nanti.

“Anda semua bukan sahaja membawa nama Mukah, malah nama Sarawak.

“Jadi, semasa pertandingan, gunakan sepenuhnya tenaga agar dapat mengharumkan nama Sarawak.

“Selain itu, lihat semula kelemahan semasa pertandingan dan tingkatkan kelebihan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri sesi latihan wushu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Boon di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan peserta agar sentiasa menjaga kesihatan diri supaya dapat mempamerkan prestasi terbaik di dalam pertandingan itu.

Royston (dua kiri) menyerahkan geran kepada Ho kelmarin.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Mukah, Kueh Peng Choon, berkata peserta perlu mempunyai keyakinan diri semasa pertandingan.

Katanya, dengan keyakinan tersebut, ia dapat membantu peserta agar bersemangat dan memberikan yang terbaik.

“Di samping itu, peserta juga perlu mendapatkan rehat yang mencukupi agar bertenaga semasa bertanding.

“Saya berharap, dengan latihan yang diadakan sebelum pertandingan, peserta dapat membawa pulang pingat kelak,” katanya lagi.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine, menyerahkan geran kepada Kelab Wushu Mukah sebanyak RM3,000 untuk menjalankan aktiviti kelab tersebut.

Turut hadir, Pengerusi Kelab Wushu Mukah, Ho Ing Siong.

BERITA LAIN

25 ekor lembu dikorban di Simunjan

SIMUNJAN : Sebanyak 25 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Korban Daerah Simunjan pada tahun ini. Dari jumlah tersebut, 19 ekor disumbangkan Ahli Dewan

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke