ARTIKEL

20 Kapal Berhias terangi sungai Kuching 29 Julai ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Acara Kapal Berhias sempena sambutan Sarawak Merdeka 60 Tahun muncul kembali selepas kali terakhir diadakan 10 tahun lepas (2013), bakal menjadi tarikan unggul di Tebingan Sungai pada 29 Julai ini.

Sekali gus, menjangkakan mampu menarik lebih 10,000 pengunjung tempatan serta orang luar hadir memenuhi perkarangan lokasi penganjuran.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Harry Jinep berkata, sebanyak 20 buah Kapal Berhias mengesahkan penyertaan yang terdiri daripada pelbagai agensi kementerian Sarawak, badan berkanun dan syarikat swasta.

“Ada 20 penyertaan, yang pertama Jabatan Premier Sarawak, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan bandar, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi dan sebagainya,” katanya.

Beliau mengesahkan perkara terbabit pada sidang media acara Kapal Berhias itu di Bangunan Baitulmakmur II, hari ini.

Bagi acara utama itu katanya, hadiah bagi pemenang kapal berhias, pertama RM10,000, kedua RM7,000, ketiga RM5,000 dan sagu hati ada tujuh penerima iaitu masing-masing RM3,000.

Dalam perkembangan sama, beliau mengesahkan kapal pemenang akan dipamerkan di lokasi penganjuran sehingga malam 30 Julai bagi memberi peluang kepada orang ramai yang hadir dapat menyaksikan dengan lebih dekat.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Sule jual kenderaan mewah 

PELAWAK Indonesia Sule, menjual kenderaan mewah miliknya yang terdiri daripada Ford Mustang, Porsche, Jeep Wrangler dan Mercedes Benz kerana tidak digunakan. Sule mengatakan dia menjual

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah