ARTIKEL

20 keluarga tinggal di tanah perkuburan sedia berpindah – Uggah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kira-kira 20 daripada 63 keluarga yang menetap di dalam rumah kayu sementara di tanah perkuburan Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU), di sini telah menyatakan kesediaan mereka untuk berpindah, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah negeri berkata pada masa ini kerajaan negeri masih dalam proses mencari tapak sesuai untuk memindahkan mereka.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari buat permulaan membenarkan mereka untuk berpindah ke kawasan Batu Gong di Siburan dekat sini.

Kami juga mengkaji pilihan lain iaitu perumahan kos rendah,” katanya selepas menerima kunjungan hormat daripada tiga ketua rumah panjang dan ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung di sini semalam.

Rombongan itu diketuai Tuai Rumah (Tr) Adi Jaya , Tr Ajun Lasu dan Tr Moses Iba Dagang dari kawasan Taman Malihah dan Taman Alamanda.

Uggah berkata beliau difahamkan ada antara mereka yang mahu kekal tinggal di tanah perkuburan disebabkan faktor lokasi sekolah dan tempat kerja, selain daripada kekangan kewangan.

“Tetapi tempat yang mereka duduki sekarang ialah  tanah perkuburan milik SDNU, dan perkuburan bukanlah tempat sesuai untuk tinggal dan membesarkan anak-anak mereka dalam jangka masa panjang.

Maka, saya berharap pemimpin-pemimpin masyarakat boleh terus meyakinkan mereka untuk berpindah,” katanya.

Menurut satu laporan media, sebahagian daripada keluarga berkenaan mendakwa telah tinggal di kawasan perkuburan itu hampir 30 tahun.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha