200 hingga 400 suntikan vaksin AstraZeneca sehari

MIRI: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri akan memberikan suntikan 200 hingga 400 sehari bagi vaksin AstraZeneca bermula 7 Jun hingga 27 Julai depan.

Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Datuk Lee Kim Shin berkata, pemberian vaksin AstraZeneca di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Bahagian Miri berdasarkan tempahan secara sukarela yang dibuka pada 23 Mei lepas.

Katanya, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri menjelaskan pemberian suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca bermula semalam sehingga 9 Jun.

Ia katanya, bakal melibatkan pemberian 200 dos sehari kepada penerima yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Malahan suntikan dos kedua vaksin AstraZeneca akan diberikan melalui janji temu yang akan ditetapkan menerusi aplikasi MySejahtera.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 09 Jun 2021

Suara Sarawak