Trending

200 penunggang motosikal dapat petrol percuma

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sebanyak 200 baucar telah disumbangkan menerusi Program Petrol Percuma (PPP) kepada penunggang motosikal sebagai usaha membantu mengurangkan beban harian mereka.

Antara penerima pada program anjuran Yayasan Pengguna Negara Malaysia, Wilayah Sarawak (YPNM) ini adalah pelajar, perkhidmatan e-hailing dan golongan B40.

Wilfred mengisi minyak percuma kepada pengguna motosikal.

Justeru, Pengerusi YPNM Wilayah Sarawak Darren Ling Hang Hui berkata, inisiatif PPP ini diwujudkan adalah untuk membantu meringankan beban harian rakyat yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama. 

“Kebanyakan isi rumah B40 menggunakan motosikal sebagai pengangkutan pilihan mereka apabila berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.

“Baucar minyak RM5 ini mungkin kecil di mata pihak lain namun sangat besar maknanya buat golongan yang memerlukan,” katanya kepada Suara Sarawak di Petronas Green Height, di sini, hari ini. 

Tambahnya, inisiatif PPP ini merupakan tanda sokongan terhadap seruan kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk meringankan beban rakyat terutama melibatkan urusan jual beli dan kos sara hidup. 

Majlis tersebut juga telah dirasmikan oleh ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin, bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Azman Mohd Yusof, dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Sarawak, Matthew Dominic Barin.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru