ARTIKEL

200 ulama Nusantara hadiri persidangan ulama sedunia Mei ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Seramai 200 ulama Nusantara dijangka menghadiri Persidangan Ulama Sedunia berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, persidangan yang dijadualkan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, menjangkakan kehadiran 1,500 peserta pada hari pertama berlangsung secara bersemuka.

“Hari kedua pula, akan diadakan persidangan ulama peringkat Asean yang dirasmikan saya sendiri,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 hari ini.

Mohd Na’im berharap persidangan itu dapat menjadi platform kepada golongan agama dan ilmuwan untuk memainkan peranan dalam mewujudkan masyarakat yang aman, sejahtera dan harmoni.

“Kita harapkan agar pemimpin agama dapat main peranan mengajak masyarakat ke arah kesatuan dan hidup dalam keadaan aman. Itu asasnya yang kita mahu,” katanya.

Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Jemaah Menteri meluluskan memorandum daripada Mohd Na’im berhubung penganjuran Persidangan Ulama Sedunia. 
Persidangan itu yang kali pertama diadakan pada Julai 2022 di Subang Jaya, Selangor merupakan kerjasama antara Muslim World League dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Baca lain  Anwar ucap tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Agong

– Bernama

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).