ARTIKEL

20,000 pengunjung serbu Pesta Bintangor 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTANGOR: Pesta Bintangor yang melabuhkan tirainya semalam, mendapat sambutan luar biasa pengunjung sepanjang penganjurannya sejak dua minggu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, kejayaan temasya itu membuktikan perpaduan dan kerjasama dalam kalangan penduduk selain komitmen tinggi jawatankuasa penganjur yang menjayakannya.

Malah ujarnya, beliau amat teruja apabila melihat pengunjung bukan sahaja memeriahkan suasana tetapi turut menyertai program yang disediakan oleh pihak penganjur.

“Saya difahamkan pesta kali ini dikunjungi sekitar 20,000 pengunjung dan ini merupakan satu jumlah yang cukup luar biasa.

“Malah, semua hotel habis ditempah,” katanya pada Majlis Penangguhan Pesta Bintangor 2023, di sini, semalam.

Kuong Hiing berkata kejayaan pesta itu juga membuktikan perpaduan dan kerjasama yang sentiasa terjalin erat dalam kalangan penduduk Bintangor.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU