ARTIKEL

2,001 pengusaha industri pelancongan terima vaksin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 2,001 pengusaha industri pelancongan akan menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di Persatuan Gereja Sarawak (ACS) Jalan Stampin bermula 15 hingga 18 Julai ini.

Pusat vaksinasi Covid -19 sektor pelancongan merupakan yang pertama di negara adalah atas inisiatif Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak (MTAC) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Pelancongan Sarawak Persekutuan (STF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pusat Perubatan Timberland.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, seramai 315 pengusaha industri pelancongan telah divaksinasi dos kedua hari ini dan lebih 600 bakal menerima vaksin.

“Saya berasa bangga dengan kerjasama antara kementerian dan pengusaha industri pelancongan dalam melancarkan program ini bagi yang berada dalam sektor ini.

“Semoga kita dapat memenuhi saranan Kerajaan Negeri dalam mendapatkan lebih ramai penerima vaksin Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pusat Vaksinasi Industri (PPVIN) ACS, hari ini.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya