SIBU: Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS) membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook bernama Danny A’antonio Jr dan Alvin Chow yang telah menghina Nabi Muhammad S.A.W .

Laporan dibuat di Balai Polis Sentral Sibu pada jam 2.20 petang.

Laporan dibuat bagi mendesak pihak polis mengambil tindakan terhadap pemilik akaun ini.

Menurut Setiausaha Kehormat AWAS, Junaidi Sambang , ” Kami membuat laporan ini bagi mendesak pihak polis mengambil tindakan segera keatas pemilik akaun Facebook berkenaan.”

“Hal ini boleh mencetuskan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang agama ,” katanya yang ditemui oleh wartawan SarawakVoice selepas beliau membuat laporan tentang isu ini.

Ujarnya, ” Penghinaan terhadap Nabi Muhammad ini secara tidak langsung turut menghina Yang Di-Pertuan Agong yang menjaga kesuciaan Islam dan orang Melayu di Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan.

Tegasnya , “umat Islam akan memelihara kesucian Agama Islam dan membela Rasullullah S.A.W sekiranya isu hina Islam dan Nabi ditimbulkan oleh orang tidak bertanggungjawab.

“Kerajaan perlu memperketatkan lagi hukuman bagi sesiapa yang menghina Islam dan Nabi Muhammad kerana perbuatan sebegini boleh meruntuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang telah kukuh terbina sejak sekian lama,” ujarnya lagi.