KUCHING: Alta Moda Sarawak 2019 (AMS) memperkenalkan fesyen-fesyen yang direka oleh pereka tempatan.

Malam ini merupakan malam ke-2 program ini berlangsung dan mengetengahkan tema Warisan Sarawak.

Tema Warisan Sarawak menampilkan rekaan daripada Langkawi Hub, Kaftans by India, Borneo Native,

Program malam ini dihadiri oleh Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib sebagai penaung AMS 2019 serta tetamu-tetamu kehormat, para penaja dan pereka fesyen tempatan.

Turut diadakan adalah penyerahan dana kepada Persatuan Dyslexia Sarawak oleh Toh Puan.

Program ini berlangsung di Dewan Undangan Negeri Lama, Kuching malam ini.