ESKPO Pameran Agenda Pameran Warisan Pintar Old Kuching pada 25 hingga 31 Mac depan di Tebingan Kuching akan disertai pelbagai agensi kerajaan dan pihak korporat.

Dalam siaran media, Bahagian Perhubungan Awam DBKU menyatakan Ekspo Pameran kali ini bakal menempatkan 40 booth untuk agensi kerajaan dan korporat.

Manakala 42 booth dikhaskan untuk komuniti setempat yang terdiri daripada Kampung Heritage dan Kejiranan Mesra Dewan Bandaraya Kuching Utara (KJM DBKU).

Ekspo pameran kali ini bertujuan membuka ruang kepada warga Kuching bagi memahami peranan dan fungsi sesebuah agensi secara lebih dekat.

Menariknya, Ekspo Pameran ini juga bakal mempamerkan produk warisan komuniti setempat seperti kek lapis, makanan tradisional tempatan, produk perubatan tradisional dan hasil kraftangan tempatan.

Ekspo Pameran Agensi Kerajaan dan Korporat dan Ekspo Komuniti Warisan bakal dilancarkan pada 25 Mac 2019 mulai 3 petang.

Seluruh warga Kuching dijemput hadir bagi sama-sama untuk memeriahkan Ekspo Pameran Agenda Warisan Pintar Old Kuching nanti.

Untuk maklumat lanjut hubungi Bahagian Perhubungan Awam DBKU di talian 082-512200.