KUCHING: Sebanyak 25 pasukan membabitkan 100 peserta berentap dalam Pertandingan Boling Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Batu Kawa yang diadakan di Megalanes Sarawak di sini, baru-baru ini.

Pertandingan dianjurkan bersama Persatuan Sosial dan Kebajikan Bumiputera Batu Kawa itu turut disertai Ahli Majlis Tertinggi PBB yang juga Ketua PBB Batu Kawa, Datuk Ahmad Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang merangkap Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang.

Upacara perasmiannya juga disempurnakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap presiden SUPP, Datuk Dr. Sim Kui Hian.

Pasukan-pasukan bertanding adalah terdiri daripada ranting-ranting PBB Batu Kawa termasuk pasukan jemputan dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Batu Kawa, PBB Batu Kitang, PBB Kota Sentosa, PBB Stakan, Ibu Pejabat PBB, Ibu Pejabat Saberkas, Saberkas Batu Kitang dan MPP.

Khere Chiang dan Ahmad (tengah) bersama tetamu kehormat lain dan para peserta Pertandingan Boling PBB 2019 merakamkan gambar kenangan.

Empat kategori dipertandingkan dalam pertandingan kali ini iaitu antara Ranting, Jemputan, Individu Ranting dan Individu Jemputan.

Johan Kategori Ranting dinobatkan kepada pasukan Burung Lilin B dan tempat kedua serta ketiga dimenangi Burung Lilin A dan Sinar Budi Baru 1.

Manakala Kategori Jemputan diungguli Pemuda SUPP dan PBB Stakan di tempat kedua serta MPP ketiga.

Johan, naib johan dan tempat ketiga kategori Individu Jemputan dimenangi oleh Fatrizeriah Jerawi dari Pemuda SUPP, Hipni Morni dan Siti Zubaidah dari PBB Stakan.

Khere Chiang (lima kiri) dan Ahmad (empat kiri) menyampaikan hadiah kepada antara pemenang Pertandingan Boling PBB 2019 di Megalanes Sarawak di sini, baru-baru ini.

Md. Haziq dan Md. Noor dari pasukan Burung Lilin B pula dinobatkan sebagai johan dan naib johan kategori Individu Ranting dan Pauzi dari Burung Lilin A ditempat ketiga.

Penyampaian hadiah berupa piala dan pingat kepada para pemenang disempurnakan oleh Khere Chiang.

Pertandingan Boling PBB Batu Kawa adalah dianjurkan setiap tahun sebagai platform untuk mengeratkan hubungan antara semua pihak terlibat.

Pix 1 – Khere Chiang (lima kiri) dan Ahmad (empat kiri) menyampaikan hadiah kepada antara pemenang Pertandingan Boling PBB 2019 di Megalanes Sarawak di sini, baru-baru ini.
Pix 2 – Khere Chiang dan Ahmad (tengah) bersama tetamu kehormat lain dan para peserta Pertandingan Boling PBB 2019 merakamkan gambar kenangan.