KUCHING: Kira-kira 300 pengunjung menyaksikan Nightly Heritage Show pada malam pertama dengan segmen Unity in Diversity Heritage Showcase.

Program yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Kerajaan Sarawak menerusi Old Kuching Smart Heritage (OKSHe) dan Sarawak Multimedia Authority (SMA) ternyata memukau para pengunjung.

Diadakan di Tebingan Kuching dengan tema Empowering Smart Community, turut menyaksikan para pengunjung menonton persembahan dari Jambatan Darul Hana untuk mendapatkan “feel” lebih dekat mengenai kisah terbabit.

Turut menyaksikan persembahan berkenaan ialah Menteri Muda Elektrik Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan isteri.

Majlis penutupan yang diadakan pada 31 Mac ini dijangka disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

FOTO: ALIEP NONI

HADIR … Kelihatan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bersama isteri menyaksikan persembahan Nightly Heritage Show di Tebingan Kuching, malam tadi.