BAGI menghiburkan pengunjung Agenda Warisan Pintar Old Kuching, Rhythm of the Night akan diadakan mulai 8.30 malam ini di Tebingan Kuching.

Persembahan ini merupakan sebahagian daripada program Nightly Heritage Show yang bakal menghidupkan kembali seni irama muzik Sarawak.

Selain itu, program ini meningkatkan kefahaman terhadap seni Sarawak dan menanam kesedaran dan rasa penghargaan warga kota betapa pentingnya memelihara identiti bangsa di tengah-tengah arus permodenan.

Di samping itu, program Nightly Heritage Show juga menggalak serta mencungkil bakat terpendam anak tempatan Sarawak dalam seni persembahan Sarawak.

Oleh itu, Rhythm of the Night diadakan bagi menghidup kembali seni irama muzik Sarawak yang kian pudar dan berharap ia juga dapat meningkatkan rasa kecintaan generasi muda terhadap seni warisan Sarawak.

Kumpulan muzik yang akan membuat persembahan pada malam ini seperti kumpulan Tuku Kamek dan Buluh Berkocak Band.

Kumpulan Tuku Kamek sangat terkenal dengan seni irama muzik sape. Mereka mempunyai impian untuk memperkenalkan irama muzik sape kepada luar.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir ke persembahan Rhythm of the Night untuk sama-sama memeriahkan di Tebingan Kuching pada malam ini bermula jam 8.30 malam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Perhubungan Awam DBKU di talian 082-512200.