MUKAH: Sebanyak enam pasukan bakal berebut piala pertandingan Bola Sepak Jemputan Piala Ketua Polis Daerah Dalat 2019 yang berlangsung pada 6 dan 7 April ini.

Padang Mesra MDDM Mukah akan menjadi venue pertandingan tersebut.

Kumpulan A disertai pasukan Sokanjaya, RMPD dan Edunited.

Manakala Kumpulan B disertai Rando, IPDM FC dan Mukah Medic FT.

Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan layak ke separuh akhir bagi menempah kemaraan ke peringkat akhir.

Pengerusi Pengelola, Inspektor Khairul Anuar berkata, pertandingan tersebut dianjur sebagai salah satu aktiviti Sambutan Hari Polis Ke-212 di samping mengeratkan silaturahim melalui sukan bola sepak selaras tema Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada.

ADUN Tellian Yussibnosh Balo, dijangka hadir merasmikan majlis penutupan pertandingan.

Pertandingan kali ini dianjur Ibu Pejabat Polis Daerah Dalat dan Pertubuhan Belia Parlimen Mukah.