SIBUTI: Kebakaran hutan atau belukar bermula lagi di utara Sarawak sejak minggu lalu, disebabkan cuaca panas.

Akibat tiada kawalan ianya boleh menyebabkan ianya merebak cepat sehingga mengakibatkan salah sebuah rumah di Kpg Rambai di Bekenu terbakar beberapa minggu yang lalu.

Pemiliknya Encik Wasli b. Abdul Rahim berkata rumahnya terbakar akibat kebakaran belukar di Kpg Rambai di Bekenu dan merebak ke rumah beliau.

Ketika itu tiada orang berada di rumah tersebut.

Kutipan derma adalah hasil sumbangan daripada orang ramai yang prihatin akan nasib yang menimpa beliau.

Sumbangan telah disampaikan oleh YDP PAS Sibuti En. Zulaihi Bakar.

Sumbangan ini juga mendapat perhatian daripada NGO seperti PEKIDA ranting Niah yang akan disampaikan pada masa yang lain.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Sarawak, Hj Jofri Jaraiee, Timbalan YDP En. Rosman Reduan, Naib YDP En. Kelana Musa, Ketua Pemuda PAS Sibuti En. Sabrie Mohamad Brahim.

PAS mengesa pihak yang berkenaan juga boleh memberikan sumbangan kebajikan kepada mangsa memandangkan mangsa menumpang di kuarters tempat dia bekerja.

Beliau amat memerlukan bantuan untuk membina semula rumahnya yang terbakar tersebut sementara beliau masih bekerja dan tinggal di kuarter tempat dia bekerja.

PAS juga menggesa masyarakat sivil dan NGO untuk bersama-sama membincangkan isu kebajikan
untuk meringankan beban mereka yang ditimpa musibah.

Kerjasama dengan semua pihak berkaitan untuk menangani masalah ini sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak