KUCHING: 22 wartawan sertai ‘Bengkel Peranan Media dalam Liputan Kerjasama Keselamatan’ anjuran Malaysia Press Institute (MPI) dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Dr Chamil Wariya berkata bengkel ini akan memberi pendedahan kepada wartawan Malaysia dengan forum untuk menilai dan membincangkan langkah dalam membuat liputan keselamatan, pertahanan, bencana dan bantuan kemanusiaan seluruh Asia Tenggara.

“Melalui bengkel ini, kesedaran tentang kewujudan inisiatif dan idea bagaimana meningkatkan rangka kerja dalam kerjasama, keberkesanan dan komunikasi terbaik dalam berhadapan dengan isu keselamatan dalam kawasan,” katanya.

Pengarah Kanan Pengurusan, Strat3 LLC Bob Jensen memulakan sesi ceramah pertama kepada 22 peserta bengkel di sebuah hotel ternama di Kuching, hari ini.

Objektif bengkel ini adalah memupuk perfahaman umum langkah dalam menyampaikan kerjasama keselamatan dalam kawasan dan peranan media dalam menghadapi maklumat palsu.

Bengkel tersebut yang berlangsung selama dua hari iaitu 10 dan 11 April mengadakan tujuh sesi ceramah dan lawatan media ke USNS Fall River di Pending pada hari kedua.

Lima penceramah yang dibawa kali ini adalah daripada Malaysia dan Amerika Syarikat.

Majlis pelancaran bengkel tersebut dirasmikan oleh Duta Amerika Syarikat Kamala Shirin Lakhdhir dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Dr Chamil Wariya.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Dr Chamil Wariya berucap semasa majlis perasmian bengkel bersama Duta Amerika Syarikat Kamala Shirin Lakhdhir.