SARIKEI: Seramai tiga individu termasuk seorang wanita dipercayai penagih dadah ditahan dalam satu operasi khas Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarikei, Jumaat lalu.

Jurucakapnya memberitahu, suspek yang masing-masing berusia 20 hingga 30 tahun ditahan di beberapa tempat berasingan di sekitar Sarikei.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kita mendapati kesemua mereka positif dadah jenis syabu Methamphetamine. Kesemua saspek akan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan hasil daripada maklumat dan risikan yang dibuat ke atas beberapa kawasan yang dikenalpasti berisiko.

Operasi perdana melibatkan AADK Sarikei dengan Unit Penguatkuasaan AADK Sarawak.
“Sehubungan itu, AADK amat memerlukan kerjasama orang ramai bagi membenteras gejala ini hingga ke peringkat akar umbi.

“Operasi seumpama ini juga akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.