SKUAD Kuching FA membelasah pasukan Protap 6-0 dalam perlawanan Liga M3 2019 di Stadium Sarawak sebentar tadi dalam keadaan padang licin.

Kehadiran semula tonggak utama, Joseph Kallang Tie yang sembuh daripada kecederaan paha memberi impak besar kepada Kuching FA apabila meledakkan dua gol.

Empat lagi gol disumbangkan oleh Rafiezan Razali (dua gol), Mohamad Hafis Saperi dan Mohammad Nur Alif Kepli.
Seperti yang dijangka Kuching FA menguasai permainan sepenuhnya dan langsung tidak memberi ruang kepada pasukan pelawat.

Ketua jurulatih Kuching FA, Ideris Untong cukup gembira kerana anak-anak buahnya telah melakukan apa yang diharapkan.

“Kami tidak memandang rendah keupayaan Protap… namun kemenangan besar ini cukup bermakna bagi kami.
“Saya tidak menjangka boleh menang sebanyak ini, apa yang kami perlukan sebenarnya ialah tiga mata, jadi ia boleh dianggap sebagai bonus,” jelasnya.

Menurut Ideris, kemenangan besar ini juga mungkin kerana tuah bermain malam di Stadium Sarawak yang tidak pernah digunakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya akui, kehadiran Joseph juga banyak membantu. Dia bukan Sahara menjaringkan gol terapi juga membuka ruang,” katanya. Kuching FA akan menentang pasukan BTK Sabtu ini.

RAI JARINGAN… Tonggak Kuching FA, Joseph (kanan) diiringi Hafis menunjukkan simbol X meraikan jaringan ketika membeladah Protap 6-0 di Stadium Sarawak malam tadi. Foto GHAZALI BUJANG