BAU: Seorang ejen loteri haram ditangkap ketika sedang beroperasi di pusat penjaja di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata lelaki berusia 31 tahun dari Kampung Melayu Siniawan, Bau itu ditangkap jam 3.45 petang kerana kegiatan itu tanpa lesen.

“Lelaki tempatan terbabit ditangkap kerana disyaki sedang menjalankan kegiatan penjualan loteri awam tanpa lesen di pusat penjaja di sini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Poge berkata turut dirampas telefon bimbit jenama Nokia model 3310, wang tunai RM34 serta kertas bertulis angka dipercayai nombor loteri.

Beliau menambah suspek turut dibawa ke Balai Polis Bau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Suspek ditahan di premis pusat penjaja Bau kerana menjual loteri haram.

 

Rampasan yang dibuat daripada seorang ejen loteri haram yang beroperasi di pusat penjaja Bau.