KABONG: Seramai 250 penduduk menjayakan program gotong -royong perdana masjid Ar -Rahman Kampung Sessang di sini, semalam.

Pengerusi masjid, Mohd. Bakri Mohd
Yusof berkata, program dianjurkan bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Kemas Bahagian Saratok dan Rela Kampung Sessang.

Selain perkarangan masjid katanya, mereka turut membersihkan kawasan perkuburan dan rumah KRT.

Antara penduduk yang hadir menjayakan program

“Program ini merupakan sebahagian langkah proaktif kita untuk menyuburkan budaya bergotong-royong dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda bagi memastikan amalan murni ini tidak luput ditelan zaman.

“Malah aktiviti ini juga mampu menjadi platfrom terbaik dalam memupuk perpaduan,” katanya kepada Wartawan Suara Sarawak.

Beliau berkata, majlis diserikan dengan penyampaian sumbangan wang tunai daripada empat bahagian KRT Kampung Sessang , KEMAS bahagian Saratok (wang tunai dan beberapa gulung karpet sejadah) dan individu perseorangan, Fadli Abdollah (wang tunai ) kepada Jawatankuasa Masjid Kampung Sessang.

Sesi taklimat ringkas sebelum program bermula

Sehubungan itu katanya, pihak pengurusan masjid mengucapkan terima kasih kepada penduduk kerana memberi sokongan padu terhadap program berkenaan.

“Sambutan positif program ini mendorong kita untuk meneruskan penganjurannya pada masa akan datang,” ujarnya.

Hadir sama, Ketua Kemas Saratok, Zulhibri Jerami, Penghulu Kamaluddin Ramli dan Ketua Kampung Abdullah Sallem.

Penduduk membersihkan persekitaran masjid