KUCHING:Para peserta Anugerah dan Festival Filem  Antarabangsa Asean (Aiffa) terutamanya dari luar negara dialu alukan berkunjung ke seluruh pelosok Sarawak.

Menteri Pelancongan,Kesenian, Kebudayaan, Beliadan Sukan Datuk Abdul KarimRahman Hamzah berkata, bersempena Kempen Melawat Sarawak bertemakan “More to Discover”, Aiffa ialah platform sesuai untuk mempromosikan negeri ini secara keseluruhannya

Saya sangat gembira apa bila penganjuran Aiffa tahun ini sama dengan pelancaran Tahun Melawat Sarawak.
“Selain mempunyai 23 suku kaum, Sarawak memiliki keindahan alam semula jadi tersendiri yang harus dikongsi dengan seluruh dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi tayangan video padamajlis Pembukaan Aiffa Keempat di sebuah hotel terkemuka di sini,malam semalam.
Menurut Abdul Karim, banyak ruang di Sarawak yang belum diterokai atau dikunjungi para pelancong luar negara.
“Oleh itu, saya menggalak kan para pelancong dari negara Asean untuk berkunjung ke bandar dan perkampungan lain.
Dari situ, anda akan menikmati keindahan sungai, hutan, flora dan fauna di Sarawak,” jelasnya.
Penganjuran Aiffa kali keempat diserikan dengan kehadiran pelakon Hollywood, Steven Seagal selain pelakon Filipina, Jericho Rosales dan pelakon aksi Hong Kong terkenal, Jackie Chan dan Donnie Yen.
Menerusi Aiffa edisi keempat ini, lebih 120 filem cereka dipertandingkan dengan penyertaan 10 buah negara.
Festival filem dwitahunan ini diadakan mulai semalam hingga 27 April yang merupakan acara kemuncak di Kuching
Aiffa merupakan platform untuk menghimpunkan idea filem dan komuniti perniagaan ekoran pasaran yang berpotensi besar dengan 600 juta penduduk Asean.

Acara kemuncak bakal disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada malam Sabtu nanti.
Hadir sama, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin serta Pengarah Festival, Livan Tajang.