KUCHING: Lebih 1,100 usahawan berkumpul pada Festival Fama bermula semalam hingga 28 April ini di Medan Niaga Satok di sini.
Pengarah Fama Shahid Abu Bakar berkata, festival pertama kali diadakan itu untuk mempromosikan industri asas tani sebagai sektor perniagaan.
“Malah festival itu dilihat mampu menarik minat usahawan tani dan generasi muda untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi serta memperoleh pendapatan tambahan.
“Program ini medan terbaik bagi tiga pihak iaitu pengguna, pengusaha dan petani bertemu bagi membentuk satu jaringan,” katanya pada sidang media di sini.

Kata Shahid, festival itu memberi pendedahan kepada usahawan ke arah daya saing.“Perkara ini sekali gus men

empatkan Medan Niaga Satok sebagai pusat sehenti dan inovasi produk tani halal sehingga ke peringkat global.
“Maka, rangkaian pemasaran ini akan terus berkembang dalam kalangan usahawan, petani, pemborong,
pengeksport dan peruncit,” jelasnya.
Beliau memberitahu, tapak pameran turut disediakan untuk mengadakan jualan terus dari ladang bagi produk nanas MD2, limau madu, jagung dan sayur sayuran.

“Oleh itu, kita menyasarkan seramai 70,000 pengunjung akan bertandang ke Medan Niaga Satok apabila

bagai acara tambahan turut diadakan“
Acara hiburan seperti gendang Melayu Sarawak dan persembahan makanan popular seperti laksa, mi kolok, ayam pansuhserta produk berasaskan gulaapong turut disajikan kepada parapengunjung,” ujarnya

KELIHATAN penggunjung meluangkan masa untuk meninjau sendiri keadaan di Festa Fama