BINTULU: Pelancaran Jerayawara Gabungan Parti Sarawak (GPS) Zon 12 dijadualkan pada 22 Jun depan ditunda kepada September tahun ini.

Perubahan tarikh tersebut diumumkan Pengerusi GPS Zon 12 Datuk Seri Tiong King Sing dalam mesyuarat
kedua jawatankuasa induk Jerayawara GPS Zon 12 yang diadakan di Hotel Green, di sini petang tadi

Beliau memberitahu perubahan tarikh tersebut sudah dimaklumkan kepada timbalan pengerusi GPS Zon 12 mer-
angkap Menteri Utiliti dan Adun Kemena Datuk Sri Dr. Stephen Rundi Utom dan Timbalan Ketua Menteri.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas, baru- baru ini.
Beliau turut mencadangkan agar acara pelancaran jerayawara tersebut kelak tidak diadakan serentak dengan
majlis perasmian sesuatu projek kerajaan bagi mengelakia dikatakan menumpang program kerajaan itu.
Ini katanya, pihaknya tidak mahu ia dijadikan isu viral oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.
Selain perubahan tarikh,mesyuarat turut membincangkan perkara membabitkan perubahan jawatankuasa kecil.
Dijangka 4,000 peserta akan berkampung di rumah panjang, Kaunselor Tr. Robert Anak Tugang, Jambatan Suai
sempena program Jerayawara Gabungan Parti Sarawak(GPS) Zon 12.
Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Johari Tun Openg diijangka hadir merasmikan program tersebut
kelak.
Zon 12 merangkumi enam kawasan DUN iaitu Jepak, Kemena, Tanjung Batu, Samalaju, Murum dan Belaga
dengan DUN Jepak, Kemena, Tanjung Batu dan Samalaju diletakkan dalam Zon 12A manakala DUN Belaga dan Murum diletakkan dalam Zon 12B