KUBAPATEN: Rombongan Ngabang Naik Dango Kabupaten Landak 201 Ke-34 selamat tiba di Kota Ngabang di Kabupaten Landak teruja untuk menelusuri budaya etnik majorit Bentayan yang tinggal di kota ini.

Bertolak seawal jam 7 pagi rombongan yang diketuai Pak Abet Sego wakil dari komuniti Dayak Bidayuh dan Victor Ason selaku wakil NGO Dayak Bukit Kelingkang (DBK) dan Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) berkesempatan singah di Kembayan untuk menikmati makanan eksotik Dayak di sini.

Pelbagai sajian unik dan menarik disajikan kepada rombongan yang menjadi sajian tradisi komuniti Dayak termasuk rendang ular sawa!

Memandangkan ini pengalaman pertama penulis mengikuti rombongan ngabang ke Kabupaten Landak, sajian itu agak mengejutkan tetapi ia lebih sedap daripada rendang ayam, kata rakan penulis.

Banyak pengalaman baharu dapat diasai dan dilihat sepanjang perjalanan tiga jam dari sempadan Entikong di Tebedu menuju ke Kota Ngabang.

Rombongan seramai 20 orang menghadiri perasmian kemuncak pesta Naik Dango esok yang bakal dihadiri ribuan komuniti Dayak seluruh Kabupaten Landak untuk turut serta meraikan acara kemuncak ini.

Sepanjang perjalanan tadi, penulis sempat melihat aktiviti ekonomi utama penduduk adalah pertanian termasuk ladang kelapa sawit dan lada hitam.

Malam ini rombongan akan disambut persembahan kebudayaan di Rumah Randakng sebagai menghargai sokongan dan kesyukuran.