MUKAH: Kaul pada tahun ini men-dapat sambutan hangat dan mem-bantu me-ningkatkan ekonomi masyarakat tempatan.

Ini jelas terbukti melalui kedata-ngan jumlah pelancong yang terus meningkat ke Mukah dan mengi-nap di inap desa yang diusahakan, Diana Rose, 54, seorang peng-usaha inap desa ‘Lamin Dana’ sejak 20 tahun lalu.

Ditemui selepas menyaksikan ritual Kaul di Kala Dana di sini, semalam, Diana berkata, sam-butan Kaul daripada masyarakat setempat dan orang luar pada kali ini sangat memberangsangkan.

“Lamin Dana banyak menerima pelancong dari China, Singapura, Semenanjung, Jepun, dan pelan-cong tempatan.

“Hal ini menunjukkan budaya Melanau makin diterima, lagipun Kaul tahun lalu banyak media antarabangsa datang, jadi untuk tahun ini acara ini banyak diketa-hui daripada majalah AirAsia yang menyiarkan artikel tentang Kaul pada April,” katanya.

Menurutnya, kesan daripada laporan media antarabangsa, ramai pelancong luar menyertai perayaan ini, tahun ini,”katanya.

Diana yang memulakan inap desa dan aktif sejak 1998 men-dapati sejak beberapa tahun lalu, semakin ramai orang mengetahui tentang Kaul di Mukah.

Inap desa beliau sentiasa penuh apabila dekat dengan pe-rayaan Kaul.“Saya harap kejayaan itu terus kita kecapi.

Generasi muda pasti akan dapat mengambil alih apa yang kita buat ini, dan kini kita terus berusaha merekrut generasi muda bagi mengetahui dan men-dalami adat istiadat Kaul,” jelasnya lagi.

Katanya, sejak lima tahun lalu, beliau mencari generasi muda yang mencintai budaya dan adat Melanau melalui program anjuran inap desanya.

“Beratus-ratus kanak-kanak telah didedahkan kepada adat istiadat Melanau yang unik ini dan antara mereka termasuklah dari Semenanjung.