SIBU: Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) SAC Datuk Khaw Kok Chin mahu Briged Batalion 10 PGA lebih agresif dan berusaha keras dalam penguatkuasaan terhadap kegiatan penyeludupan di seluruh negeri.

Katanya, ini adalah sebagai menyahut cabaran Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang mahu penguatkuasaan lebih agresif terhadap kegiatan penyeludupan di seluruh negara.

“Semoga dengan usia pasukan kita yang semakin matang ini, kita dapat menggalas amanah dan tanggungjawab dengan lebih berdedikasi bagi mencapai hala tuju PDRM (Polis DiRaja Malaysia) seiring dengan pelan transformasi ke arah kecekapan dan keberke-sanan dalam pengurusan.

“Oleh itu, saya menyarankan agar anda semua anggota Batalion 10 PGA Sibu bekerjasama rapat dengan pegawai pemerintah bagi merancang dan berusaha untuk menghasilkan lebih banyak kejayaan dalam operasi dengan melakukan lebih banyak tangka-pan dan rampasan untuk men-capai KPI Datuk Seri Pengarah Jabatan KDNKA,” katanya semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan Batalion 10 PGA Sibu di Padang Kawad Kem Lanang di sini, semalam.

Turut hadir Pegawai Pemerintah Batalion 10 PGA Sibu Superintenden Sanudin Md Isa dan Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 10 PGA Sibu DSP Frediel Nyambong.Semenjak menjawat jawa-tan sebagai Komander Briged Sarawak PGA, Khaw berasa bangga dengan pelbagai siri kejayaan yang telah dicapai oleh mereka.

Katanya, kejayaan ini juga turut diiktiraf oleh pihak kontinjen Sarawak dan Bukit Aman.

“Justeru, sebagai penghargaan Pesuruhjaya Polis Sarawak memberi Sijil Penghargaan kepada mereka yang mempamerkan prestasi cemerlang bagi mengiktiraf perkhidmatan dan sumbangan PGA.

“Saya harap anda semua dapat mengekalkan prestasi yang sedia ada dan jadikan penghargaan ini sebagai motivasi diri dalam men-jalankan tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 48 orang pegawai kanan, pegawai rendah polis dan pegawai awam menerima sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (ACP) PDRM, enam orang menerima sijil Penghargaan Tolak Rasuah daripada PDRM dan empat orang menerima surat penghargaan dari-pada Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak.