Pembahagian 30% tender khas untuk kontraktor bumiputera

KUCHING: Pembahagian tender sebanyak 30 peratus akan dibuka khas kepada kontraktor bumiputera di Sarawak, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg Tun Openg,

Jelasnya, langkah itu akan mencetus saingan dalam kalangan kontraktor bumiputera sekali gus memastikan agihan untuk kontraktor lenih telus dan adil.

“Sekiranya susun atur tentang tender dibuka, semua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Cawangan Sarawak  akan dipanggil dalam satu mesyuarat,” katanya.

Tegasnya, mesyuarat itu akan membincangkan keputusan serta pendapat mereka tentang dasar tender terbuka supaya memberi kesan lebih baik sekali gus mempastilkan agihan betul kepada kontraktor dipilih,” jelasnya pada majlis jamuan malam dan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PKMM Sarawak Kali Ke-20 di Kuching semalam.

Tambahnya, kontraktor bumiputera yang tidak mempunyai peralatan seperti jentera boleh menyewa daripada Kerajaan Sarawak atau persatuan lain bagi melancarkan kerja dan memastikan projek dapat disiap ikut jadual yang ditetapkan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kontraktor yang telah berjaya memenangi Anugerah Cemerlang PKKM 2019.

Antara penerima anugerah adalah Khazanah Enterprise, Syarikat Maaz General Trading, Syarikat Boh & Chu, Zul Global Comoany, Wilma Enterprise, MCP Resources Sdn Bhd, Vista Trade Sdn Bhd, Kurnia Matang Sdn Bhd.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak