MUKAH: Seorang lelaki yang sepatutnya bergelar bapa tidak sempat menunaikan Ramadan minggu depan selepas maut dalam kemalangan ngeri di kilometer 2 Jalan Mukah-Balingian dekat sini.

Difahamkan dalam kejadian pada 8.30 malam kelmarin itu, Zullen Junaidi, 27, dalam perjalanan balik ke rumah isterinya yang mengandung empat bulan di Kampung Bunut di sini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Polis Jimmy Panyau berkata, mangsa yang menunggang motosikal bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

“Berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku ketika pemandu kereta Perodua Pesona cuba memotong kenderaan di hada-pan sebelum bertembung dengan motosikal mangsa dari arah Balingian” kata Jimmy.

Akibat kejadian itu, mangsa di-sahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes terbabit disia-sat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

AL-FATIHAH