BINTULU: Persatuan Usahawan Kraf Sarawak berharap Kerajaan Sarawak menyokong permohonan mereka bagi mendapat tapak khas untuk aktiviti persatuan.

Pengerusinya, Victoria Mujan Nyengok memberitahu tapak khas tersebut bagi memudahkan ahlinya memasar, mempamer serta mempromosi hasil kraftangan mereka seperti di Miri Heritage, Sibu Heritage dan Tebingan Kuching

Beliau berkata pihaknya telah mengenalpasti kawasan atau tapak yang sesuai bagi tujuan tersebut iaitu bangunan lama Perpustakaan Awam BDA yang terletak di pusat bandar.

Beliau turut memberitahu akan memandang serta mengadakan perbincangan mengenai
perkara berkenaan kepada Pengurus Besar BDA dalam masa terdekat.

Sebanyak 30 usahawan kraf dari seluruh negeri berkampung di The Spring Bintulu untuk sama- sama menyertai Minggu Kraf Bintulu 2019 bermula 3 hingga 5 Mei.

Program julung kali anjuran Persatuan Usahawan Kraf Sarawak ini menawarkan pelbagai produk dan hasil kraftangan berasaskan manik, rotan, tenunan pua dan karap, logam dan kayu.

Persatuan ditubuhkan sejak setahun lalu dengan keahlian aktif seramai 200 orang.

Menurutnya, dalam usia penubuhan sesingkat itu, persatuan tersebut telah berjaya menghantar beberapa usahawan baharu ke pelbagai program promosi anjuran pelbagai agensi kerajaan di seantareo negara seperti Hari Kraf Kebangsaan di Jalan Conlay Kuala Lumpur 2019, Promosi Kraf Kebangsaan di Miri dan Suria Sabah.