KUCHING: Majlis Pra-Gawai 2019 anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Malihah Fasa 2 satu program mengeratkan hubungan tanpa mengira kaum dan wajar dicontohi oleh JKKK lain.

Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, program itu mampu menjalinkan dan menyatupadukan hubungan pelbagai kaum di kawasan setempat.

“Inilah satu program boleh dianjurkan bagi memastikan kedamaian dan keharmonian kehidupan di Sarawak dapat kita kekalkan. Perpaduan ini yang akan membawa kejayaan dan kemakmuran kepada negeri dan masyarakat,” katanya pada Majlis Pra-Gawai 2019 anjuran JKKK Taman Malihah Fasa 2 pada 4 Mei lalu.

Fadillah turut mengingatkan kepada semua orang agar bersedia menghadapi cabaran baharu peringkat global.

Jelasnya, satu cabaran bagi rakyat untuk memastikan perpaduan terus kuat pada masa akan datang.

“Saya mengharapkan sokongan semua pihak bagi memastikan masyarakat Sarawak terus bersatu padu menjaga hak Sarawak” ujarnya.

Antara persembahan yang diadakan ialah pertandingan kumang, keling dan ngajat.

Turut hadir ialah Ketua Masyarakat Iban Daerah Kuching John Tambie Awat, penghulu kawasan dan ahli JKKK serta pen-duduk Taman Malihah.