LUBOK ANTU: Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Skarok melaram dan bersuka ria dengan konsep ‘retro’ pada sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang diadakan di sini, hari ini.

Dengan hasrat mencipta kelainan pada hari istimewa bergelar sang pendidik, 22 gurunya dengan pelbagai gaya mengenakan pakaian berdasarkan tema yang ditetapkan.

Menariknya, semua warga pendidik kelihatan begitu ‘sporting’.

Sambutan penuh ceria Hari Guru kali ini diharap mampu memberi kenangan terindah.

Rata-rata menyifatkan tema sambutan ‘Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi’ bertepatan dengan peranan yang dimainkan oleh para guru masa kini.

Malah mereka menyedari guru abad ke-21 harus memiliki jiwa yang besar selain kreatif bagi berdepan karenah pelajar yang semakin mencabar.

Sambutan kali ini diisi dengan bacaan lafaz ikrar guru, persembahan nyanyian daripada warga pendidik, acara sukaneka dan pemotongan kek.

Hadir sama Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Naka Indap.

 

 

PAKAIAN TERBAIK