MUKAH: Sepasang suami isteri antara ditahan dan didapati positif dadah dalam operasi yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) semalam.

Menurut Ketua Daerah AADK Mukah Felynora Joseph Na berkata, operasi selama 23 jam itu berjaya menahan 11 individu berusia lingkungan 27 hingga 48 tahun.

Katanya, tiga lagi operasi berasingan dijalankan di kawasan Matu, Daro dan Belawai.

“Sebanyak 10 individu didapati positif dadah Methamphetamine dan seorang positif ganja,” katanya.

Tegasnya lagi, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.