PRESTASI Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu masih belum memuaskan meskipun telah setahun memerintah.

Malah, sikap pemimpin PH yang asyik menuding jari terhadap kerajaan terdahulu harus dihentikan.

Mereka sepatutnya fokus kepada pembangunan rakyat terutamanya pengundi yang memberi mandat kepada mereka.

Itu luahan Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali seperti dilaporkan Suara Sarawak baru-baru ini.

“Pemimpin PH sepatutnya menjalankan tugas secara ikhlas selepas setahun mengambil alih Kerajaan Persekutuan bukannya asyik menuding jari kepada peristiwa lama.

“Ini kerana saya berpendapat, pemimpin yang baik adalah maju ke depan dengan membuat bergerak perancangan membantu rakyat termasuk para pengundi mereka,” katanya.

Memang wajar kerajaan yang memerintah menjalankan kewajipan sebagaimana dijanjikan dalam manifesto semasa meraih undi pengundi.

Senada dengan Hasidah ialah Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh yang berpendapat PH gemar menyalah serta menonjolkan kelemahan kerajaan terdahulu.

Fokus Pada Pentabdiran

“Jika kita lihat sikap bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ketika mengambil alih tampuk kepimpinan daripada George W. Bush yang fokus kepada pentadbirannya.

“Memang ada kelemahan dalam kepimpinan Bush junior namun Obama tidak menyalahkan Bush tetapi meneruskan dasar yang diperkenalkannya,” jelasnya.

Tambah Len Talif, sikap kerajaan PH yang sering menuding jari terhadap kerajaan terdahulu adalah sebagai salah satu cara menutup kelemahan mereka kerana gagal menunaikan janji-janji manifesto PRU14 lalu.

“Kita menuntut janji-janji manifesto bukannya di luar konteks tersebut.

“Salah satu janji yang mengecewakan kita ialah harga petrol RM1.50 seliter,” katanya.

Turut melahirkan kekecewaan atas kegagalan PH menunaikan janji-janjinya ialah Adun Batu Kitang, Lo Khere Chiang terutama berkaitan hak autonomi dalam pendidikan dan kesihatan kepada Sarawak.

“Sebelum PRU14, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan beliau menghormati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan berikrar untuk mengembalikannya kepada Sarawak dan Sabah.

“Namun, selepas setahun mengambil alih Kerajaan Persekutuan, saya masih ternanti-nanti janji itu,” tegas Chiang.

Paling menyedihkan katanya ialah pemotongan dana bagi membiayai projek-projek di Sarawak demi kesejahteraan rakyat seumpama negeri ini adalah ‘anak tiri’.

Bukan sahaja dana-dana untuk kebajikan rakyat dipotong atau dibatalkan, malah, banyak pro-jek berkonsepkan pusingan U di bawah Kerajaan PH, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Dr. Wong Soon Koh.

Pengundi Hilang Yakin

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan e-Dagang menambah, kegagalan PH menunaikan janji-janji dalam manifesto PRU14 boleh menyebabkan para pengundi mereka hilang keyakinan.

“Maka, saya menasihatkan pemimpin PH untuk bekerja keras demi kesejahteraan rakyat bukannya terus menyalahkan kerajaan terdahulu.

“Sikap sedemikian akan membuatkan rakyat berpaling tadah,” ujar Soon Koh.

Menteri Muda Bekalan Elektrik Luar Bandar, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, segelintir pemimpin utama PH mengambil tindakan terburu-buru dan mendedahkan ketidakwibawaan mereka apabila mengetengahkan sesuatu dasar.

“Tidak semua pemimpin PH sebegitu tetapi ada, contohnya, berkaitan isu pemakaian kasut hitam, tanam padi waktu malam dan lain-lain.

“Mungkin bagi mereka ini sebagai satu jenaka tetapi sebagai pembuat dasar, sikap berkenaan adalah tidak wajar,” sindirnya.

Katanya, pemimpin PH harus mengambil maklum balas daripada pihak berkepentingan sebelum memperkenal atau melaksana sesuatu dasar.

“Saya juga amat sedih apabila PH tidak berupaya menunaikan janji-janji manifesto PRU14 yang membuat rakyat mempunyai harapan menggunung terhadap mereka.“Kenyataan Tun Mahathir yang beranggapan manifesto PRU14 bukan kitab suci adalah tidak wajar kerana bagi orang Islam, kegaga-lan menunaikan janji merupakan satu dosa,” ujar