MUKAH: Adun Balingian, Abdul Yakub Arbi merangkap Presiden Saberkas Cawangan Balingian mengagihkan 1,000 bungkusan bubur lambuk dan kurma kepada penduduk di sini semalam.

Ia adalah Program Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas 2019.

Pusat Kegiatan Belia Mukah dijadikan tempat bergotong-royong memasak bubur lambuk.

Manakala Menara Peninjau, Boulevard Setia Raja Mukah sebagai tempat pengagihan 1,000 bungkusan itu.

Kerja gotong-royong menyediakan bubur dan kurma bermula seawal 9.00 pagi.

Mereka yang terlibat ialah sukarelawan daripada unit Saberkas berdekatan, ahli-ahli Pusat Kegiatan Belia Mukah, Sukarelawan Mukah, ahli-ahli skuad AADK Daerah Mukah, Akademi Pembangunan Bola Sepak Setiaraja Mukah dan Komuniti Jomrides Mukah.

Hadir sama dalam majlis pengagihan ialah Pegawai Daerah Mukah, Ismail Kasah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Mahadir Darahi, Pegawai AADK Daerah Mukah, Fely Nora dan Exco Saberkas Sarawak, Royston Valentine.