KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) tahun ini memperuntukkan dana berjumlah RM1,480,000 untuk disumbangkan kepada semua masjid dan surau di seluruh negeri.

Sekarang ini, terdapat sebanyak 1480 buah masjid dan surau iaitu 411 buah masjid dan 1063 surau di seluruh Sarawak.

Daripada jumlah dana tersebut, setiap surau dan masjid menerima RM1,000.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata agihan sumbangan itu adalah untuk meringankan beban surau dan masjid dalam menjalankan pelbagai aktiviti sempena bulan Ramadan ini.

“Di Sarawak, jumlah kita (umat Islam) tidak besar tetapi kita dapat menguruskan hal ehwal masyarakat kita dengan baik.

“Oleh sebab itu, orang luar melihat masyarakat Islam di Sarawak begitu akrab dan mempunyai pendekatan yang tersusun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan MIS kepada 104 masjid dan 250 surau Bahagian Kuching di Kompleks Islam Sarawak di sini, hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua MIS Datuk Misnu Taha dan Menteri Muda Elektrik Luar Bandar yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal islam Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi