BINTULU: Bintulu Port Holdings Berhad(BPHB) komited dalam melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat(CSR) kepada masyarakat setempat samada di bandar maupun luar bandar.

Pengurus Kanan Perkhidmatan Kumpulan BPHB, Maslihah Haji Tioh berkata kesungguhan(BPHB) dalam pelaksanaan program CSR dapt dibuktikan melalui pelbagai program dan aktiviti samada ia telah dilaksanakan atau bakal dilaksanakan.

Antara program CSR yang dilaksanakan secara tahunan merangkumi program pendidikan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu, sumbangan keperluan dan peralatan perubatan kepada Hospital Bintulu, program Bintulu Port Prihatin yang menfokuskan bantuan kemanusiaan akibat musibah kebakaran dan sebagainya.

Selain program CSR lain dari aspek kesihatan, kebajikan, sukan, penjagaan alam sekitar, program bersama rakan media dan aktiviti bersama komuniti di kawasan pedalaman dan luar bandar,katanya pada program Jalinan Kasih Ramadan 2019 BPHB Bersama Persatuan Ibu Tunggal Sarawak(PITSA) Cawangan Bintulu di Hotel Promenade, di sini, semalam.

Seramai 50 ibu tunggal terpilih diraikan dalam majlis berbuka puasa yang turut diselitkan dengan acara ringkas penyerahan sumbangan BPHB kepada golongan terbabit.

Bercakap mengenai program Jalinan Kasih Ramadan, Maslihah berkata ia merupakan sebahagian program CSR tahunan pihaknya dari aspek kebajikan bersama golongan komuniti yang kurang bernasib baik.

Program berkonsepkan khidmat bersama komuniti di bulan Ramadan ini, katanya, mula dilaksanakan sejak 2018 dengan menfokuskan anak-anak yatim daripada PERYATIM Bintulu.

Beliau yakin program sedemikian merupakan satu pendekatan yang pro aktif dalam Jalinan hubungan serta kerjasama antara pihak BPHB dan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) dalam membantu golongan kurang berkemampuan terutama di bulan Ramadan.

Pengerusi PITSA Cawangan Bintulu Hanita Haji Dahlan hadir sama.

UNTUK ALBUM… Maslihah dan Hanita merakamkan gambar bersama ibu tunggal dalam program Jalinan Kasih Ramadan 2019 BPHB Bersama PITSA Cawangan Bintulu.