“SARAWAK bakal memiliki Lilian Tan nombor dua dari Sarawak,” jelas Presiden Persatuan Bina Badan Sarawak (SBBA) Datuk Wee Hong Seng merujuk kepada jaguh bina badan wanita Sarawak, Philomena Dexclyn Siar, 36.

Lilian Tan merupakan jaguh bina badan wanita Malaysia yang pernah beberapa kali menggegar dunia.

Philo meraih pingat perak dalam Kejohanan Bina Badan Wanita Antabangsa South Sea di Yangoon, Myamar Ahad lalu.

Kejayaannya disifatkan sebagai satu dimensi baharu dalam sukan bina badan wanita di Sarawak.

Menurut Wee, kejayaan meraih perak merupakan hadiah hari jadi istimewa buat Philo tahun ini.

KEBANGGAAN SARAWAK… Philomena bersama trofi juara setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching malam kelmarin.

KEBANGGAAN SARAWAK… Philomena bersama trofi juara setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching malam kelmarin.

“Sebagai presiden saya amat bangga dengan kejayaan Philo. Ini semua adalah berkat titik peluh dia sendiri yang menggunakan wang sendiri.

“Dia pernah menulis surat rayuan kepada kami sebelum ini. Jadi dengan kejayaan besar ini pihak kami akan memberikan insentif kepadanya,” jelas Wee kepada Suara Sarawak.

Menurut Wee, SBBA berharap Philo akan dipilih untuk mewakili Malaysia dalam Kejohanan Asia 2019 di Mongolia pada September nanti.

“Kita berharap ada lagi atlet wanita yang menjejak langkah Philo selepas ini. Dia adalah inspirasi kepada golongan wanita yang memintai sukan lasak ini.

“Kejayaan Philo menunjukkan sukan bina badan bukan hanya untuk golongan lelaki… tetapi juga untuk wanita,” ujar Wee yang me-ngagumi kegigihan Philo.